Nama : Muhammad Faiz Bin Ahmad
No. Pelajar : 2015144719
Pada hari ini saya dapat pelajari
berkaitan dengan ekonomi dalam Malaysia. Selepas Negara mencapai kemerdekaan,
banyak transformasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membasmi kemiskinan
dalam Negara dan membawa Negara ke arus pembangunan dan pemodenan. Ia bermula
apabila perkenalan Dasar Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia yang menaikkan
taraf pendapatan kaumMelayu yang rata-ratanya golongan miskin di luar Bandar.
Oleh itu, banyak agensi kerajaan ditubuhkan seperti Mardi, Fama, Felda dan
sebagainya untuk membantu rakyat dalam industi pertanian. Perdana menteri
Malaysia yang keempat memperkenalkan Dasar pandang ke timur dan Dasar Perindustrian
telah memajukan ekonomi Negara dengan berkesan sehingga banyak dasar
diperkenalkan kini untuk mengemaskini ekonomi semasa Negara.
Maka dengan itu, saya berazam dengan
limpah ruah segala nikmat dan khazanah yang ada dalam Negara ini, saya haruslah
memanfaatkannya dengan betul. Negara ini mempunyai banyak agensi kerajaan yang
akan membantu rakyat tidak kira apa-apa industi termasuklah pertanian,
perindustrian ataupun perniagaan. Oleh itu, sekiranya saya telah bergelar
graduan suatu hari nanti, saya akan menggunakan agensi tersebut atau
mempromosikan kepada orang yang memerlukan bantuan dari agensi tersebut.
Nama : Nur Amirah Syuhadah binti Murad
No. Pelajar : 2015144507
Pada hari ini saya mempelajari bahawa bahawa agama dan kepercayaan kepada tuhan sangat penting. Malahan perkara ini juga diterapkan dalam rukun negara agar setiap rakyat menanam sifat percaya kepada tuhan. Hal demikian kerana apabila kita menyemai sifat tersebut dalam hati kita, kita akan sentiasa beringat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh tuhan. Oleh itu, keharmonian negara akan terjamin.
Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan menguatkan keimanan saya terhadap Allah. Oleh yang demikian saya dapat membentuk peribadi yang baik . Saya akan berusaha untuk menjadi rakyat yang berguna dan menjaga keamanan negara dengan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu-isu.
No comments:
Post a Comment