Saturday, November 26, 2016

[161122] Refleksi Individu

Nama          : Khairul Syafiq Bin Mohd Sabri
No. Pelajar : 2015145685

Pada hari ini saya telah mempelajari satu ilmu yang belum lagi dipelajari iaitu prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusian. Terdapat 6 semuanya, tetapi saya hanya mahu menekan kepada prinsip Al-Ilm iaitu merujuk kepada ilmu. Ilmu merupakan sesuatu yang boleh mengangkat martabat manusia. Dalam Islam orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang tertinggi di sisi Allah dan masyaratkat sekeliling. Masyarakat akan pandang tinggi apabila seseorang itu mempunyai ilmu seperti pesakit lebih percaya doctor daripada engineer, pemilik tanah lebih yakin dengan pemaju daripada askar. Ternyata, setiap orang mempunyai keistimewaan dalam bidang masing-masing. Disebabkan itu kita saling memerlu antara satu sama lain. Ketika engineer jatuh sakit, beliau akan berjumpa doctor. Secara amnya, masing-masing merupakan khalifah di muka bumi dimana memelihari maqasid shariah masing-masing.

Saya berazam akan menamatkan ijazah dengan cemerlang dan menjadi orang yang berguna pada masyarakat. Saya akan menyumbangkan tenaga dan ilmu saya kepada masyarakat secara khususnya kerana saya merupakan pelajar UiTM yang dibiayai oleh kerajaan yang amat mementingkan ilmu.



Nama          : Muhammad Faiz Bin Ahmad

No. Pelajar : 2015144719

Pada hari ini saya dapat mempelajari ilmu berkaitan konsep Wasatiyyah dalam sistem islam. Konsep ini bermaksud amalan keserdahanaan dalam amalan kehidupan manusia seharian. Rasulluaah s.a.w menganjurkan sedemikian agar masyarakat yang terbina menjadi lebih baik dan cemerlang dunia dan diakhirat selaras dengan syariat islam. Oleh itu, konsep ini meliputi kepada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Maka setelah saya memahami konsep tersebut dapatlah saya simpulkan bahawa umat islam termasuklah diri saya sepatutnya bersikap ekstremis dalam melakukan apa-apa tindakan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penglibatan militan-militan yang mengyalahgunakan maksug jihad itu sendiri dengan mencetuskan peperangan walapun di Negara luar. Sikap jihad itu perlu ada dalam diri tetapi tidak perlu sampai merosakkan imej islam dan menghalalkan segala matlamat yang diidamkan. Dari aspek ekonomi, islam menggariskan bahawa perniagaan itu halal, maka saya akan berazam agar tidak terlibat dalam apa-apa transaksi yang terdapat unsur penipuan, rasuah, riba dan sebagainya. 




Nama          : Nur Amirah Syuhadah binti Murad

No. Pelajar : 2015144507

Pada hari ini, saya mempelajari bahawa Islam tidak memandang rupa,jantina,warna kulit, bangsa, pangkat mahupun darjat seseorang itu. Orang yang mulia disisi Allah adalah orang bertaqwa. Konsep Musawah digunakan iaitu konsep kesamarataan. Hal ini dapat dilihat melalui ibadat-idabat dalam Islam seperti kain ihram yang digunakan oleh orang yang mengerjakan haji adalah warna putih dan tidak ada yang pakai warna lain selain warna putih walaupun mereka orang kaya.

Maka dengan itu saya berazam untuk tidak memandang seseorang itu lebih mulia hanya kerana rupa mahupun bangsa kerana ketaqwaan seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya juga tidak akan memandang rendah terhadap orang lain kerana mungkin sahaja orang itu lebih mulia disisi Allah.



Nama           : Nurul Firzana Binti Mohd Din
No. Pelajar  : 2015143495

Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai sirah Rasulullah dan Salafussoleh dalam konteks ilmu, syura (pemesyuaratan), huriyah (kebebasan), musawah (kesamarataan) dan mas'uliyah (tanggungjawab). Dari segi musawah iaitu kesamarataan, telah dinyatakan bahawa yang membezakan diantara setiap hamba Allah itu adalah taraf ketaqwaannya kepada Allah, bukan berdasarkan taraf kehidupannya. Allah tidak akan menilai hambaNya berdasarkan mulia dirinya di sisi manusia, akan tetapi, Allah akan menilai hambaNya berdasarkan mulia dirinya di sisi Allah.

Maka dengan itu, saya berazam untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah. Saya tidak akan menilai hidup seseorang itu berdasarkan harta yang dia miliki. Saya juga tidak akan memandang rendah terhadap mereka yang hidup susah. Saya berazam untuk bekerja dengan kuat pada masa akan datang supaya saya dapat membantu serba sedikit mereka yang tidak berkemampuan, lebih-lebih lagi ahli keluarga saya yang menghadapi kesusahan hidup.




Nama           : Siti Hasmiza Binti Abdullah

No. Pelajar  : 2015180045

Dalam bab ini,saya telah mempelajari asas-asas hubungan etnik yang berteraskan ajaran Islam antaranya ialah al-Taaruf dan Al-Tafahun. AlTaaruf bererti persaudaraan,di mana kita sebagai umat Islam amat penting menjaga hubungan sesama umat dan saling hormat-menghormati demi menjamin keharmonian dan kemajuan dalam kemasyarakatan.Al-Tafahun pula ialah saling memahami satu sama lain.Contohnya,kita harus memahami cara dan adat budaya atau agama lain dan mereka seharusnya juga bersikap yang sama terhadap kita bagi mewujudkan hubungan yang positif dikalangan kita sendiri.Terdapat pelbagai asas lain yang telah dipelajari dan pentingnya untuk dipupuk dalam diri setiap dari pada kita. 
Dengan itu saya berazam untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan adab dengan masyarakat. Sikap saling bantu membantu , ziarah menziarahi seta kemesraan dalam berkomunikasi juga akan saya amalkan selalu. 

No comments:

Post a Comment